Sebut Harga

Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam kelas dan gred pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

 

BUTIR-BUTIR TAWARAN

TARAF/JENIS SYARIKAT

GRED, KATEGORI & PENGKHUSUSAN 

TEMPAT & TARIKAH DOKUMEN MULAI DIJUAL

HARGA DOKUMEN 

TEMPAT, TARIKH & WAKTU TUTUP SEBUT HARGA

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH DAN MENURAP SEMULA JALAN KAMPUNG BAN 1, TITI GANTUNG BOTA, DAERAH PERAK TENGAH, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK TETUAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PERAK.

Bumiputera T1

 

  • T1 – Syarikat 100% Milik Tempatan

Berdaftar Dengan CIDB

Gred : G1

Kategori : CE

Pengkhususan : CE01 (Jalan & Pavement )

 

Perakuan Pendaftaran Kontraktor,Sijil Perolehan Kerja Kerajaan & Sijil Taraf Bumiputra

Bahagian Kawalan Projek, PKNPk, Tingkat 5

 

5 April 2021 (Isnin)

 

Hingga

 

12 April 2021

(Isnin)  

RM 50.00

(Dalam Bentuk Dokumen)

Dibayar Secara Tunai

12 April 2021

(Isnin)

Masa:

Sebelum

 Jam 12.00 tengahari

(Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dilayan)

Taklimat Projek dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Berkumpul di Tapak Projek pada 5 April 2021 (Isnin) Jam 9.00 Pagi. Kontraktor atau wakil kontraktor hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakan Sosial oleh KKM dan MKN. Pemakaian penutup muka semasa Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan individu yang gagal berbuat demikian tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebutharga ini. 

 

2.                Pihak kontraktor perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Asal yang masih sah tempohnya yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam bidang berkaitan untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil bahagian dalam Sebutharga ini. Hanya syarikat yang berdaftar di DAERAH PERAK TENGAH SAHAJA yang layak untuk mengambil bahagian di dalam sebutharga ini. Salinan fotostat Sijil Pendaftaran tidak akan dilayan. Taklimat Sebutharga dan Lawatan Tapak hendaklah dihadiri oleh tuan punya syarikat atau orang yang diwakilkan (surat wakil perlu dikemukakan semasa Lawatan Tapak).

3.                Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di Bahagian Kawalan Projek, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) semasa waktu pejabat.

4.                Dokumen Sebutharga hanya akan dijual kepada Kontraktor-kontraktor yang menyertai Taklimat Sebutharga dan Lawatan Tapak sahaja.  Dokumen Sebutharga boleh dibeli pada bila-bila masa selepas Taklimat Sebutharga dan Lawatan Tapak di Bahagian Kawalan Projek, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), No. 1-A, Tingkat 5, Blok A, Menara PKNP, Jalan Meru Casuarina, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan secara bayaran TUNAI sahaja.  Kontraktor dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan satu salinan bagi sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga.

5.                 Dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah  dimasukkan ke dalam Peti Tender Bahagian Kawalan Projek, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), ), No. 1-A, Tingkat 5, Blok A, Menara PKNP,  Jalan Meru Casuarina, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan tidak lewat daripada 12 April 2021 (Isnin),  sebelum jam 12.00 tengahari.  Pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau sebarang sebutharga.

Print