Selamat Datang ke Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)

 

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) adalah agensi utama kerajaan yang diamanahkan untuk menerajui pembangunan ekonomi dan pertumbuhan sosio-ekonomi di Negeri Perak. Matlamat utama PKNP adalah untuk merangsang pertumbuhan secara berterusan bagi mengubah landskap ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini.

 

Bagi mencapai matlamat utamanya, PKNP mengambil pendekatan dengan mengenalpasti dan memupuk keperluan untuk memperkukuhkan rakyat melalui pencapaian budaya berprestasi tinggi.  Sejajar dengan penggabungan budaya berprestasi tinggi dan pemanfaatan ke atas sumber asli di negeri ini akan mempercepatkan pembangunan negeri Perak dari segi ekonomi dan sosio-ekonomi yang ideal ke tahap baru yang lebih tinggi.

 

Dalam melaksanakan peranan sebagai agensi kerajaan negeri, PKNP dan kumpulan syarikat-syarikatnya (Kumpulan PKNP) telah memastikan bahawa inisiatif yang diambil adalah sejajar dengan objektif Agenda Negeri, Agenda Nasional dan Program Transformasi Negara dalam membawa perubahan yang menyeluruh dan pembangunan yang berterusan selaras dengan matlamat untuk meningkatkan Malaysia kepada status Negara maju menjelang 2020.

 

Perniagaan Utama
Sosio-Ekonomi

Hubungi Kami

 

Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak

No. 1-A, Blok A, Menara PKNP,
Jalan Meru Casuarina,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

4°40'06.9"N 101°04'40.4"E

 
 

605-5019888

 
 

605-5019999

 
 

[email protected]