Ipoh

Kenyataan Maklumbalas Berhubung Sidang Media Koperasi Pembangunan Sungai Tumboh Seri Iskandar Berhad (KPST)

JUL 15, 2025
Kenyataan Maklumbalas Berhubung Sidang Media Koperasi Pembangunan Sungai Tumboh Seri Iskandar Berhad (KPST)

Ipoh, 15 July 2025 – 1. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) mengambil maklum berhubung sidang media yang dianjurkan oleh Koperasi Pembangunan Sungai Tumboh Seri Iskandar Berhad (KPST) pada 15 Julai 2025.

2. Untuk makluman, urusan pelepasan tanah di Seri Iskandar tersebut telah diselesaikan sepenuhnya mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

3. PKNPk menegaskan bahawa setiap proses berkaitan pelepasan tanah telah dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi semua keperluan undang-undang serta tatacara yang berkuat kuasa.

4. PKNPk juga difahamkan bahawa terdapat prosiding undang-undang yang sedang berjalan antara KPST dan pihak pembeli berkenaan isu yang dibangkitkan ini.

5. Sehubungan itu, PKNPk tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut bagi menghormati proses perundangan yang sedang berlangsung.

6. PKNPk kekal komited untuk melaksanakan peranan sebagai peneraju pembangunan ekonomi negeri dengan menitikberatkan perancangan penggunaan tanah yang telus, berintegriti serta mematuhi segala perundangan dan garis panduan sedia ada.


YOU MAY ALSO LIKE

Perak Strengthens Renewable Energy (RE) Agenda Through HLEP Project; Centralised Accomodation Facility to Support Project Efficiency and Ensure Workforce Welfare

VIEW PRESS RELEASE

KUDR Dan Majlis Daerah Selama Meterai MoU Strategik: Pemacu Pembangunan Daerah Melalui Penyelarasan Utiliti

VIEW PRESS RELEASE

Penduduk Medan Klebang Prima Terima Manfaat Naik Taraf Sistem Kumbahan Bernilai RM3.5 Juta

VIEW PRESS RELEASE