Ipoh, 2 Oktober 2024 – Anak Syarikat hospitaliti Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Hotel Casuarina@Meru dan Hotel Casuarina @ Kuala Kangsar telah dinobatkan sebagai penerima utama Anugerah Pelancongan Perak, masing-masing menjuarai kategori Excellence in Business Event Hotel Award dan Best Destination Award. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad sempena Majlis Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2024 yang diadakan malam tadi.
Bernaung di bawah Perak Corporation Berhad, kedua-dua jenama hotel ini membuktikan kejayaan ini merupakan sebahagian daripada kecemerlangan servis dan kualiti perkhidmatannya serta turut mencerminkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menawarkan perkhidmatan yang unggul kepada semua pengunjung.
Rangkaian Hotel Casuarina turut menawarkan kemudahan dan aksesibiliti yang selesa kepada pengunjung. Malah, setiap hotel seperti di Meru dan Kuala Kangsar turut menawarkan penginapan yang menarik mengikut daya tarikan pelancongan di persekitarannya.
Hotel Casuarina @ Kuala Kangsar memenangi anugerah Best Cityscape Destination Award di bawah kategori Best Destination Award. Manakala Hotel Casuarina@Meru memenangi anugerah Excellence in Business Event Hotel Award. Majlis anugerah yang dianjurkan oleh Tourism Perak ini telah diadakan di Hotel Casuarina @Meru dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Saarani bin Mohamad.