Ipoh

Nasi Lemak Kopi O : Dialog Santai Ketua Eksekutif PKNPk Bersama Media

OCT 23, 2024
Nasi Lemak Kopi O : Dialog Santai Ketua Eksekutif PKNPk Bersama Media

Sesi pertama “Nasi Lemak Kopi O” bersama media telah dianjurkan oleh PKNPk di Café Lake View, Tasik Cermin 2. Program ini, yang berkonsepkan santai tetapi berinformasi, mempertemukan Ketua Eksekutif PKNPk, Datuk Redza Rafiq, dengan ketua biro media negeri Perak untuk membincangkan perkembangan terbaru projek-projek berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan di bawah rangka kerja Perak Sejahtera 2030 (PS2030).

Acara ini menjadi platform terbuka bagi media untuk berinteraksi secara langsung dengan pihak pengurusan tertinggi PKNPk, sekaligus mengukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak. Datuk Redza menekankan kepentingan peranan media dalam menyampaikan inisiatif-inisiatif PKNPk kepada masyarakat.

PKNPk juga mengambil peluang ini untuk melancarkan StratKom Jr PKNPk, satu inisiatif kerjasama dengan Sekolah Kebangsaan St. Michael Ipoh (SK SMI). Program ini memperkenalkan pelajar kepada bidang kewartawanan dan komunikasi strategik, memberikan mereka pengalaman praktikal dalam media dan komunikasi korporat. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi PS2030 untuk melahirkan bakat muda yang berkemahiran tinggi untuk masa hadapan.


YOU MAY ALSO LIKE

Visit of PKNPk & Lumut Port Delegation to Port House Antwerp

VIEW NEWS

Perak Sejahtera 2030 Summit x Pemikir Darul Ridzuan 2024

VIEW NEWS

Board of Directors Meeting No. 2/2024

VIEW NEWS